04 April 2009

TEKNIK MEMBACA BERKESAN

Teknik Membaca PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini :

(a) Preview (Tinjau)
TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)
SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialahBagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri)
MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat faktafakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

TITIAN MEMBACA

’Baca dalam hati’, iaitu mulut tidak menyebut setiap perkataan yang dibaca.

Tumpuan mata pula digerakkan dari satu kumpulan perkataan kepada kumpulan perkataan yang lain, bukannya tumpuan kepada setiap perkataan.


jangan membaca secara mengulang ke belakang, teruskan membaca walaupun peringkat permulaan anda tidak faham apa yang anda baca.

tumpukan perhatian supaya anda dapat memahami maksud ayat-ayat yang anda baca itu.


tanamkan perasaan ingin mengetahui isi kandungan pelajaran itu dan usahakan supaya dapat mengingati fakta-fakta penting yang terdapat dalam perenggan itu.

TITIAN MENTELAAH

M= mulakan membaca atau mentelaah dengan menyebut nama allah, fikirkan matlamat membaca dan bersikap positif terhadap apa yang dibaca.

E=elakkan gangguan dalam diri dan faktor luaran semasa membaca atau mentelaah.

M=meneliti semua istilah, kata kunci dan gambarajah yang ada dalam buku teks atau bahan bacaan sains tersebut.

B=bacalah dengan cepat.

A=aktifkanlah diri daripada segi minda dan fizikal semasa dan selepas mentelaah.

C=carilah idea, konsep atau prinsip sains yang hendak disampaikan oleh penulis buku atau artikel yang dibaca itu.

A=analisakan dan aturkan idea, konsep dan prinsip yang diperoleh dalam bentuk yang tersusun atau mengikut urutan supaya mudah diingati dan diterangkan kembali.

SIAPA KATA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMBACA?



KUALA LUMPUR 25 Jun - Berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, secara puratanya setiap keluarga di negara ini membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.
“Walaupun jumlahnya agak kecil namun amalan pembelian buku dilihat semakin meningkat di negara ini sejak 2005.
“Justeru, buku yang bermutu tinggi perlu diperbanyakkan dan pasaran buku dengan harga berpatutan perlu diwujudkan untuk menggalakkan lebih banyak keluarga memperuntukkan pendapatan bulanan membeli buku.
“Selain kerajaan, pihak swasta juga perlu berusaha menggalakkan budaya membaca,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Utusan.

RENUNG-RENUNGKAN....




Mula-mula, kita berpantun dahulu.



Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,


Saya budak baru belajar,


Kalau salah tolong tunjukkan....



Pantun ini ialah sebuah pantun Melayu klasik. Saya percaya semua pernah mendengar dan mengungkapkannya.



Sebagaimana lazimnya pantun-pantun Melayu, ia membawa maksud dan tunjuk ajar yang cukup baik dan indah, dengan cara yang ringkas dan padat.



“Saya budak baru belajar”


menggambarkan sifat Melayu kita yang berbudi bahasa dan beradab. Ini adalah sifat yang mulia yang perlu kita berpegang teguh kepadanya.



Namun, apa yang lebih penting di sini adalah ayat keempat iaitu:



“Kalau salah tolong tunjukkan”
Ayat ini membawa maksud yang amat penting sekali.
Ia mengajar kita supaya sentiasa belajar dan mempunyai sifat ingin tahu. Bukan itu sahaja. Malah ia mengajak kita supaya, dalam kita hendak belajar itu, janganlah sesekali takut untuk membuat kesilapan. Jauh sekali berkecil hati sekiranya ditegur.



Bak kata orang putih, “it’s okay to make mistakes”. Ia bukanlah suatu dosa yang tidak boleh dimaafkan.



Apa yang "tidak okay” adalah sekiranya kita tidak belajar dari kesilapan yang lepas. Dan, yang keduanya, jikalau kita tidak berani untuk mengaku kesilapan yang kita lakukan - malah merajuk atau berkecil hati pula bila ditegur.



Kesimpulannya: Janganlah takut untuk membuat kesilapan dalam kita hendak belajar. Sentiasa bersikap optimistik. Sentiasa berfikiran terbuka kepada teguran. Beranikan diri untuk bersoal, dan beranikan diri juga untuk disoal orang lain.



Itulah cara terbaik untuk belajar. Sekian dahulu ya.



sumber ; http://seri-kepayang.blogspot.com/2009_02_01_archive.html#7794342616774194396

29 Mac 2009

MARI MEMBACA UNTUK LEBIH MENDAPAT ILMU YANG BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN..



Salam sejahtera pembuka bicara,

Kepada anda pengunjung setia,

Inilah pantun nasihat dari saya,

Untuk panduan kita bersama


Pak Salleh memasang bubu,

Ketika petang cuaca redup,

Kalau tuan ingin tahu,

Ilmu itu penyuluh hidup.


Makan sireh duduk bersila,

Sambil duduk bergurau senda,

Sekiranya ilmu penuh didada,

Hidup tidak gelap gelita.


Mak Munah pergi ke perigi,

Pergi bersama anaknya Siti,

Tuntutlah ilmu setiap hari,

Untuk kesenangan diri sendiri.


Cik Ani menanam bunga,

Bunga ditanam di tepi halaman,

Ilmu itu besar nilainya,

Harta dunia bukan tandingan.


Pak Abu menebar jala,

Jala ditebar di sungai Linggi,

Walau ilmu penuh didada,

Jangan suka menyombong diri.


Adik bermain jauh di sana,

Tangan berikat dengan tali,

Buat baik secara sederhana,

Buat jahat jangan sekali.


Nasi dimakan dengan lauk ikan,

Enak rasanya masakan Midah,

Jika kerjasama dapat didirikan,

Segala urusan menjadi mudah


Ingatlah wahai rakanku,

Hidup ini perlu berilmu,

Hulurkan bakti serta jasamu,

Agar kamu dihormati selalu.


Ilmu alat yang berguna,

Menjadi bekalan di mana-mana,

Cahaya mentari bersinar laksana,

Segala hidup akan menjadi bermakna


Wahai adik-adikku sekalian,

Rajin dan usaha perlu diutamakan,

Berjuanglah dalam segala lapangan,

Buat kebajikan sesama insan


Bunga cempaka si bunga raya,

Menyemai benih di rumah kaca,

Kalau kita hendak berjaya,

Perlu kita banyak membaca.


Hang Jebat pahlawan negara,

Menuntut ilmu di Gunung Tahan,

Bak kata pepetah melayu,

Membaca itu kunci kejayaan.


Mari berpantun di Subang Jaya,

Tepi tasik tempat bertandang,

Biar membaca di mana sahaja,

Masa terluang tidak terbuang.


Ilmu itu pelita hati,

Wajib dituntut setiap hari,

Wahai teman marilah berjanji,

Tuntutlah ilmu hingga ke mati.

24 Mac 2009

Kempen Membaca

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.


Tahun Slogan
1995 Mari Membaca Bersama

1996 Generasi Berilmu Penggerak Wawasan

1997 Melangkah ke Era Siber: teruskan dengan membaca Mendalami Ilmu
pengetahuan teruskan dengan membacaMenjelajahi Dunia Ilmu: teruskan dengan membaca

1998 Kalau dahulu saya amalkan membaca - anda masih belum terlambat…

1999 ilmu Merintis Kecemerlangan Minda

2000 Baca Amalan Ceria Anda: Masyarakat Berilmu Pemangkin K-Komuniti dan K-Ekonomi

2001 Membaca Merdekakan Minda

2002 baca@gaya hidup

2003 baca@gaya hidup

2004 Membaca Santapan Minda Sekeluarga Bacalah Bersama Keluarga...

2005 Rajin Membaca Pasti Berjaya

2006 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

faizel...

07 Mac 2009

Gambar Obstacle

Disini kami selitkan gambar-gambar menarik peserta-peserta semasa kem.. anda yang melayari SESEGAR NAILOFAR ini.. boleh memberi komen dan cadangan supaya kami dapat menjalan aktiviti yang lebih menarik pada kem yang akan datang.. segala komen dan cadangan anda di dahului dengan ucapan terima kasih... ajA-aJA fITIN..:)





Perjalanan masuk ke halangan dalam sungai..










selut yang tebal..menyukarkan perjalanan








Merangkak pun nak berdua ke? ihihihii
shahida dan yushida:)








Beramai-ramai cari selipar.. abis ekologi kena bongkar..:P












Bab merangkak memang menjerit... tapi bila tangkap gambar.. paling aktif dan bermotivasi..:)








bersama-bersama membina halangan.. yang tengah tu duduk je.. tak buat apa-apa..:)






walaupun air cetek.. tetapi azlini tetap dihanyutkan air, sebab ringan.. ihiihhihh






yushida berposing dimana-mana.. lepas halangan dulu la..baru la posing.. :)






Terminum Air Sungai pun geli... Adoi!! kena duduk aircond je shahida ni..ihiih :)









kaki tertimbus dalam selut.. kerana berat..terpaksa merangkak..siapa yang tangkap gambar ni?? ::P::P








rehat seketika.. "jauh halangan, Luas Pengalaman"









penat mengawal peserta..:)










Hujung "Tracking" aktiviti bebas.. Mandi Sungai.. syoknye!!!









Happy Ending..
-The End-

Video Obstacle

Aktiviti fizikal yang dijalankan memberi seribu pengalaman kepada peserta..
sebelum ini terdapat peserta yang tidak pernah melakukan aktiviti seperti merangkak ala tentera, "water confident" dan jungle tracking.. oleh itu pengalaman ini sangat bermakna kepada peserta-peserta.. semasa menjalankan aktiviti... terdapat peristiwa lucu berlaku.. disini kami sertakan video-video semasa aktiviti obstacle.. tolong beri komen dan cadangan anda.. supaya aktiviti boleh diperbaiki pada masa akan datang.. wallahualam..


perjalanan "jungle tracking".. make up pun kisah ke? sabo je la..:)


aksi-aksi "1st timer".. sakit telinga dengar jeritan Lini..ihhihihih


Peserta yang paling aktif.. tapi.. selipar dia hilang..ihhihi


aktiviti mengejut.."mencari selipar yang hilang".. ihiihihi


peserta wanita paling lasak.. Tentera Wannabe!!

Gambar Aktiviti

Disini kami serta gambar-gambar kenangan aktiviti sebelum dan selepas sesi perkongsian.. harap pelayar SESEGAR NAILOFAR ini dapat memberi komen dan cadangan supaya kem ini dapat tingkatkan lagi pada masa akan datang...:) dan insyaallah.. mungkin pada bulan hadapan.. kita pula dapat menyertai kem sebegini.. marilah kita berkongsi pembacaan supaya orang lain dapat menimba ilmu dari kita..:)

aktiviti :
11.30 am - Ice breaking

12.00 pm - Sesi 1 - "study day"

1.00 pm - Rehat/pengurusan diri

3.00 pm - Sesi 2 - "study day"

4.00 pm - Ldk - gempur ILmu

5.00 pm - Rehat/pengurusan diri

5.30 pm - Riadah - Obstacle



senaman sebelum memulakan sesi pembacaan..
kena renggang sebelum mula.. senaman ini dikendalikan oleh Rashidah Said.. aksi bebas.. asalkan semua tak mengantuk.. ihihiihh:)
p/s: faizel.. cover la sikit.. sian shahida kat sebelah tu.. ihihihihih

Aksi apa tu puspa.. tak pernah dibuat orang.. nasib baik takde orang dekat belakang.. :), push push.. aksi menolak benda berat... :





ini Ldk - Gempur Ilmu..
setiap kumpulan akan berhujah dengan pembacaan mereka sendiri... perbincangan sebelum digempur..

p/s : rancang strategi ke???



yushida dengan hujah-hujahnya.. :)
p/s: rilex nampak azrin?? ihihhih..
tolong la kawan tu..







yushida "forward Attack"

p/s: jangan tarik rambut dah la.. ihhiihih
ini majlis iLmu ok..:) , tengok je faizel??

Kem "study Day"

MemBaca Tiang ILmu..

Tarikh : 6-3-2009
Hari : Jumaat
Tempat : Kem Desa Selesa..

Bertemu kita pada kali ini.. sudah lama kita tidak bersua.. kerana kami team Nailofar sibuk menguruskan prosuder-prosuder bagi merealisasikan kem ini.. dan alhamdulillah kem yang telah dirancang.. telah selamat dilaksanakan.. bersaksikan kem desa selesa.. program yang selama ini ditunggu-tunggu telah mencapai objektif nya.. . iaitu Menjadikan kem ini Gedung ILmu dan merapatkan lagi ukhwah sesama peserta... tiada ungkapan yang dapat diungkapkan. betapa gembiranya peserta-peserta menyertai kem ini.. kesemua peserta mendapat pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna bagi terus menjadikan program seperti ini satu aktiviti bulanan bagi pelajar-pelajar supaya kempen membaca terus diamalkan disekolah supaya pelajar-pelajar dapat satu alternatif yang baru dalam meningkatkan akademik dalam diri masing-masing..
program seperti diselitkan dengan aktiviti menguji fizikal dan mental bagi mencapai aspek-aspek JERI iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelek.. oleh itu sebagai kenangan kami sertakan bibit-bibit manis ketika program di jalankan.. peserta dan sesiapa yang melayari SESEGAR NAILOFAR ini ,boleh memberi komen dan cadangan bagi membaik pulih program seperti pada masa akan datang.. waallahualam



energizer ini dinamakan Tongge-tongge.. its very Fun..
kita tengok siapa yang buat silap..:)


faizel berkongsi pembacaan..Tentang kajian Kerjaya



shahida-program yang bersesuaian untuk pelajar menengah atas


Tarmizi- Pengurusan Masa..

24 Februari 2009

Idea Tercetus.. CabaRan BermuLa..

Bismillahirrahmanirrahim.. berjumpa kita lagi kali ini.. seperti hari-hari yang berlalu.. kita mengharapkan hari esok lebih baik daripada sebelumnya.. dan semestinya hari ini sekali lagi catatan kehidupan kita tercatat di luh mahfuz langit tertinggi dan dinilai sama ada pahala atau sebaliknya.. Pada hari yang mulia ini juga..tercatat lembaran ilmu dimana sedang kami mendengar pengajaran dan perbincangan daripada pensyarah tentang pembentangan kumpulan-kumpulan bagaimana menguruskan pelajar .. dengan spontan puan nazariah mencadangkan satu kem membaca bagi pelajar diadakan supaya pelajar dapat berkongsi pembacaan tentang pengurusan pelajar.. bersamaan dengan hari isnin 23 februari 2009 pada jam 4.30pm, tercetus idea daripada beliau untuk mengadakan kem tersebut, tanpa ragu-ragu dan penuh yakin, tempat kem ditetapkan dan pengarah program telah dilantik bagi menguruskan kem ini.. alhamdulillah kumpulan kami diberi peluang memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan kem "study day".. oleh sebab itu sebagai langkah awal.. blog ini di wujudkan bagi menjadi satu laman yang dapat dilayari oleh peserta-peserta yang bakal terlibat dengan kem "study day" ini.. di laman blog ini kumpulan kami akan memberi perkembangan terkini tentang kem yang akan dijalankan.. berita dan maklumat terkini akan dipost ke laman SESEGAR NAILOFAR .. supaya menjadi panduan dan rujukan kepada pelajar yang akan menyertai kem ini.. dan yang menarik sekali.. video dan gambar-gambar anda akan di "update" di dalam laman ini sebelum, semasa dan selepas program.. supaya anda dapat mengenali berinteraksi dan mengingat kembali kenangan bersama peserta lain dengan meneruskan jalinan yang terjalin dengan lebih dekat lagi.. semoga jalinan ukhwah yang terjalin berkekalan dan diberkati tuhan selamanya.. .sekian..

23 Februari 2009

Assalamualaikum..
Sebagai pembuka kata.. pelepas bicara.. salam sejahtera keatas semua yang melayari blog dan memasuki ruang SESEGAR NAILOFAR ini.. semoga dengan kewujudan blog ini dapat membantu anda mencari apa yang selama ini hilang dan terkubur disebabkan kejahilan dan kelalaian kita.. kami berbesar hati dengan sokongan dan komitmen anda dalam mencari erti kebahagian yang selama ini patut di kecapi oleh setiap individu..Oleh itu marilah kita bersama-sama menjernihkan yang keruh, menerangkan yang kabur, menjelaskan yang keliru dan menguatkan yang lemah.. semoga SESEGAR NAILOFAR menjadi salah satu MOMENTUM untuk anda berjaya di dunia dan di akhirat.. amin ya rabbal alamin..:)