24 Februari 2009

Idea Tercetus.. CabaRan BermuLa..

Bismillahirrahmanirrahim.. berjumpa kita lagi kali ini.. seperti hari-hari yang berlalu.. kita mengharapkan hari esok lebih baik daripada sebelumnya.. dan semestinya hari ini sekali lagi catatan kehidupan kita tercatat di luh mahfuz langit tertinggi dan dinilai sama ada pahala atau sebaliknya.. Pada hari yang mulia ini juga..tercatat lembaran ilmu dimana sedang kami mendengar pengajaran dan perbincangan daripada pensyarah tentang pembentangan kumpulan-kumpulan bagaimana menguruskan pelajar .. dengan spontan puan nazariah mencadangkan satu kem membaca bagi pelajar diadakan supaya pelajar dapat berkongsi pembacaan tentang pengurusan pelajar.. bersamaan dengan hari isnin 23 februari 2009 pada jam 4.30pm, tercetus idea daripada beliau untuk mengadakan kem tersebut, tanpa ragu-ragu dan penuh yakin, tempat kem ditetapkan dan pengarah program telah dilantik bagi menguruskan kem ini.. alhamdulillah kumpulan kami diberi peluang memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan kem "study day".. oleh sebab itu sebagai langkah awal.. blog ini di wujudkan bagi menjadi satu laman yang dapat dilayari oleh peserta-peserta yang bakal terlibat dengan kem "study day" ini.. di laman blog ini kumpulan kami akan memberi perkembangan terkini tentang kem yang akan dijalankan.. berita dan maklumat terkini akan dipost ke laman SESEGAR NAILOFAR .. supaya menjadi panduan dan rujukan kepada pelajar yang akan menyertai kem ini.. dan yang menarik sekali.. video dan gambar-gambar anda akan di "update" di dalam laman ini sebelum, semasa dan selepas program.. supaya anda dapat mengenali berinteraksi dan mengingat kembali kenangan bersama peserta lain dengan meneruskan jalinan yang terjalin dengan lebih dekat lagi.. semoga jalinan ukhwah yang terjalin berkekalan dan diberkati tuhan selamanya.. .sekian..

1 ulasan:

  1. sangat menarik..tetapi takleh nak tengok sgt video....internet tak kuatla..huhu....tahniah pada kumpulan anda kerana telah berjaya menghasilkan blog yang menarik dan semoga diadakan lagi penambahan sepeti karton- karton atau cerita- cerita lawak yang boleh jadi penghibur...pengalaman peserta macam mana?ada tak yang menangis?

    BalasPadam