24 Mac 2009

Kempen Membaca

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.


Tahun Slogan
1995 Mari Membaca Bersama

1996 Generasi Berilmu Penggerak Wawasan

1997 Melangkah ke Era Siber: teruskan dengan membaca Mendalami Ilmu
pengetahuan teruskan dengan membacaMenjelajahi Dunia Ilmu: teruskan dengan membaca

1998 Kalau dahulu saya amalkan membaca - anda masih belum terlambat…

1999 ilmu Merintis Kecemerlangan Minda

2000 Baca Amalan Ceria Anda: Masyarakat Berilmu Pemangkin K-Komuniti dan K-Ekonomi

2001 Membaca Merdekakan Minda

2002 baca@gaya hidup

2003 baca@gaya hidup

2004 Membaca Santapan Minda Sekeluarga Bacalah Bersama Keluarga...

2005 Rajin Membaca Pasti Berjaya

2006 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

faizel...

1 ulasan:

  1. TEKNIK MEMBACA BERKESAN
    Berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda:

    Teknik Membaca PQRST
    Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini :

    (a) Preview (Tinjau)Preview.
    TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

    (b) Question (Soal)Question.
    SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialahBagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

    (c) Read (Baca)
    Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

    (d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri)
    MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat faktafakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

    (e) Test (Uji)
    UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

    BalasPadam